Friday, November 12, 2010

Anda boleh lakukan!

Salam....

Syukur kerana Buku (ebook) Panduan Pindahmilik Tanah telah berjaya dilancarkan pada 11.11.2010 mengikut tarikh yang ditetapkan, Sehingga ke hari ini saya masih lagi menunggu pembeli yang pertama.

Buku Panduan Pindahmilik ini bukan sahaja menerangkan kepada anda proses pindahmilik tanah malah dilengkapi dengan cara-cara mengisi mengisi suratcara(borang). Proses pindahmilik tanah ini sebenarnya mudah sekiranya anda dapat memahami setiap proses-proses yang perlu dilalui.

Sepanjang pengalaman saya selama 3 tahun di bahagian kaunter pendaftaran tanah pelbagai keranah orang ramai saya temui. Hampir keseluruhan orang ramai yang datang memang tidak memahami proses pindahmilik. Walaupun setelah penerangan diberikan namun orang ramai akan lupa apabila pulang ke rumah setelah membuat penyaksian (tandatangan) di hadapan Pentadbir Tanah.

Namun setelah datang sekali lagi untuk urusan untuk pendaftaran pindahmilik tanah orang akan tertanya-tanya kenapa perlu ada bayaran berikutnya. Kadang kala ada juga yang terpaksa pulang kerana kurang membawa wang tunai malah ada yang tidak membawa dokumen-dokumen asal.

Pindahmilik tanah ini sebenarnya memerlukan anda untuk mengisi beberapa borang. Borang-borang yang perlu diisi ini sebenarnya mudah dan tidak terlalu merumitkan. Didalam buku panduan ini terdapat panduan untuk mengisi borang tersebut dan anda akan mendapati bahawa tidaklah terlalu sukar untuk melakukannya.

Sekiranya anda perhatikan di pejabat-pejabat tanah terdapat penulis-penulis rayuan yang bersedia untuk membantu anda tetapi perkhidmatan mereka memerlukan bayaran. Bayaran yang dikenakan biasanya sekitar RM 40 - RM 50 untuk satu dokumen pindahmilik. Bagi yang kurang berkemampuan bayaran tersebut agak terlalu tinggi. Itu belum lagi bayaran yang perlu dibayar untuk urusan-urusan di pejabat tanah.

Oleh itu, tujuan saya menjual Buku Panduan Pindahmilik Tanah ini sebenar adalah untuk memberi pendedahan kepada anda mengenai proses pindahmilik tanah ini. Dengan harga RM10 buku ini tidaklah terlalu mahal daripada ilmu yang akan anda perolihi nanti.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki buku panduan ini anda boleh klik pada borang pesanan dibawah ini :

No comments:

Post a Comment