Wednesday, November 10, 2010

Ebook Panduan Pindah Milik Tanah RM 10.00

Assalammualaikum....
 
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana hari ini 11 November 2010 saya telah berjaya menyiapkan sebuah ebook mengenai pindah milik tanah.  Hampir 2 bulan saya mengambil masa untuk menyiapkannya.
 
Tujuan saya membuat ebook ini adalah kerana sepanjang saya 3 tahun berkhidmat di kaunter pendaftaran pejabat  tanah kebanyakan orang ramai tidak memahami proses pindah milik. Kebanyakan orang ramai yang datang akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pindah milik. 
 
Telah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penerangan kepada mereka tetapi masih ada yang terlupa  proses pindahmilik dari mula hingga selesai.  Kadangkala kami dipersalahkan apabila pindahmilik dikenakan bayaran atau denda akibat daripada kurangnya pengetahuan mengenai pindahmilik.
 
Ebook Pindahmilik ini akan menerang proses pindahmilik dari peringkat permulaan sehingga mendapat hakmilik (geran tanah ). Terdapat juga panduan untuk mengisi borang-borang pindahmilik tanah yang sangat mudah.
 
Di samping itu, ebook ini juga boleh digunakan sebagai persediaan sebelum orang ramai datang ke pejabat tanah untuk membuat pindahmilik. Orang ramai juga dapat menjimatkan masa tanpa perlu menunggu giliran untuk mendengar penerangan daripada kerani pendaftaran pejabat tanah.
 
Selain itu, orang ramai tidaklah perlu mengupah penulis rayuan atau pihak peguam untuk mengisi borang-borang pindahmililk. Orang ramai kadangkala terpaksa membayar upah yang agak tinggi kepada pihak tersebut semata-mata untuk mengisi borang-borang pindahmilik.
 
Pada saya, harga ebook ini RM 10.00 ini berbaloi untuk anda miliki dan mudah untuk difahami. Ebook ini adalah dibuat berdasarkan pengalaman saya selama 3 tahun dibantu oleh rakan-rakan sekerja yang berpengelaman lebih dari saya.
 
Harapan saya, semoga ebook ini dapat membantu orang ramai memahami proses pindahmilik tanah dan dapat membuat persediaan awal sebelum membuat pindahmilik tanah. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pindahmilik tanah boleh email kepada saya pindahmilik@gmail.com.
  
Sekiranya anda berminat boleh mengisi borang pesanan Ebook pindahmilik klik pada borang pesanan di bawah ini:


No comments:

Post a Comment